Buku Bendi: Seribu Khasiat, Sejuta Manfaat merupakan kompilasi sebahagian dapatan penyelidikan yang dilaksanakan bagi mengangkat nilai tanaman bendi melangkau manfaat tradisinya sebagai tanaman sayuran. Naskhah buat tatapan khalayak ini meneliti khasiat bendi dan mengetengahkan potensi pemanfaatan bendi sebagai bahan fidstok mampan untuk industri nutraseutikal, kosmeseutikal, biokomposit, biodiesel serta pulpa dan kertas berdasar pengolahan yang bersesuaian. Gabung jalin maklumat primer dapatan kajian bersama data penerbitan penyelidikan sedia ada, selain meraikan amalan pengubatan tradisi, turut menyerlahkan potensi bendi untuk memperkasa sektor bioekonomi negara.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | Editor: Mastura Mohtar, Nor Aqilah Mohd Rusli, Ummu Hani Badron & Aiesyaa Majdiena Emlee |
| Publication Date | 2025 |
| Language | Malay |
| Publication Code | BENDI |
| Pages | 85pp |