Dokumentasi Biodiversiti Flora dan Pemuliharaan Bukit Batu Kapur Negeri Kelantan

AR Rafidah, AR Ummul Nazrah, PT Ong, R Kiew, RCK Chung, K Imin, AM Aliaa Athirah, MA Mohd Hairul, WP Wan-Syafiq & N Mohd-Syakirin
ISBN / ISSN / GTIN: 0128-0694
Publisher: FRIM Report (FR)
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Laporan ini merupakan projek dokumentasi biodiversiti flora dan pemuliharaan bukit batu kapur di Negeri Kelantan. Bukit batu kapur merupakan satu ekosistem unik yang mempunyai nilai kepentingan tinggi. Negeri Kelantan mempunyai bilangan bukit batu kapur yang tertinggi iaitu sekurang-kurangnya 298 bukit dan dibahagikan kepada lapan (8) kompleks utama. Dokumentasi flora secara terperinci telah dilaksanakan bagi mendapatkan senarai spesies flora lengkap bertujuan untuk membuat penilaian status spesies endemik dan terancam yang terdapat di setiap bukit batu kapur, dan sekaligus mengenalpasti kawasan berkepentingan terutamanya bagi tujuan pemuliharaan. Sebanyak 742 spesies telah direkodkan iaitu 57% daripada jumlah flora batu kapur di Semenanjung Malaysia dan 18 spesies merupakan spesies endemik Kelantan. Hasil kajian ini mendapati tiga (3) spesies baharu dijumpai dan dihuraikan sepanjang projek flora batu kapur yang dijalankan pada tahun 2017 sehingga 2024 dan kira-kira 20 rekod baharu flora batu kapur telah dikenalpasti dijumpai di Kelantan dan Semenanjung Malaysia. Terdapat kira-kira 106 spesies telah dibuat penilaian sementara termasuk dalam kategori terancam. Kesimpulannya, laporan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berkepentingan melaksanakan pemuliharaan dan mencadangkan penambahbaikan pengurusan sumber alam di bukit bukit batu kapur yang merupakan sumber alam semulajadi yang tidak boleh diperbaharui dan dapat diguna secara lestari.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorAR Rafidah, AR Ummul Nazrah, PT Ong, R Kiew, RCK Chung, K Imin, AM Aliaa Athirah, MA Mohd Hairul, WP Wan-Syafiq & N Mohd-Syakirin
Publication Date2025
LanguageMalay
Publication CodeFR124
Pages32pp