Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu

By Y Alia Syahirah, M Asniza, ZS Nur Hajar, M Suhaida, TI Tuan Marina,M Mohd Parid & Anwar UMK
ISBN / ISSN / GTIN: 0128-9640
Publisher: FRIM Report (FR)
RM0.00

Satu program Eksplorasi Sumber Hutan Simpan Gunung Tebu dan sesi libat urus bersama komuniti setempat telah dijalankan di Hutan Simpan Gunung Tebu, Terengganu. Penglibatan Unit Buluh, Rotan dan Palma dalam program ini adalah untuk mengenal pasti spesies buluh dan rotan yang berpotensi untuk menjana ekonomi penduduk di sekitar Gunung Tebu. Pengecaman setiap spesies adalah berdasarkan kepada ciri-ciri utama seperti daun, buah, bunga, duri dan sebagainya. Keputusan kajian menunjukkan tiada spesies buluh ditemui di sepanjang dan sekitar laluan pendakian. Hasil daripada eksplorasi ini juga, terdapat lima spesies rotan telah direkodkan sepanjang pendakian ke Gunung Tebu. Spesies tersebut adalah Calamus ridleyanus (rotan kerai hitam), Calamus diepenhorstii (rotan kerai), Daemonorops callicarpa (rotan lumpit), Daemonorops monticola (rotan getah lumpit) dan Daemonorops verticillaris (rotan sabong). Daripada lima spesies tersebut, hanya satu spesies yang mempunyai nilai komersial iaitu Calamus diepenhorstii (rotan kerai) manakala, empat spesies lagi perlu dieksplorasi untuk mengenal pasti potensi rotan-rotan ini sebagai produk bernilai tambah yang baharu. Kesimpulannya, laporan ini diharap dapat digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk eksplorasi di Gunung Tebu dan kawasan-kawasan lain pada masa akan datang.

Attribute nameAttribute value
Book Details
Publication Date2022
LanguageEnglish
AuthorY Alia Syahirah, M Asniza, ZS Nur Hajar, M Suhaida, TI Tuan Marina,M Mohd Parid & Anwar UMK
Publication CodeFR120
Pages20pp