Germplasma Warisan Hutan Bakau Bagan Datuk: Album Pengenalan Spesies Bakau

Farah Shahanim Mohamed Mohidin, Tariq Mubarak Bin Husin, Nurcahaya Khairany Mohamad Azmi & Zahirah Mohamad Tahir
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149941
Publisher: Other Publications
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Gambar spesies-spesies pokok yang terdapat dalam buku ini diambil di sekitar Semenanjung Malaysia dan menggunakan huraian yang ringkas untuk mengenal setiap ciri-ciri pokok bakau. Setiap ciri-ciri pokok bakau dapat memberi pelbagai manfaat kepada manusia dan juga untuk kepentingan ekosistem. Pokok bakau dapat melindungi pesisiran pantai daripada hakisan, menstabilkan kawasan pantai dan juga merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan. Kayu pokok bakau pula mempunyai nilai komersial dalam pembinaan dan juga sesetengah jenis daun dan buah pokok bakau mempunyai nilai perubatan.

Oleh itu, penyediaan album pengenalan ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk mengenal  spesies-spesies pokok bakau. Walau bagaimanapun jarang sekali kita lihat sesuatu kawasan yang akan mempunyai semua spesies hutan bakau. Maka, FRIM telah mengambil satu inisiatif untuk menubuhkan satu germplasma hutan bakau di Bagan Datuk, Perak bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan konservasi spesies tumbuhan bakau. Melalui projek germplasma ini, semua spesies-spesies bakau yang terdapat di Malaysia akan dikumpulkan di dalam satu kawasan. Usaha ini juga merupakan salah satu usaha konservasi ex-situ yang dijalankan oleh FRIM. Penubuhan germplasma ini diharap dapat dijadikan tempat pembelajaran spesies bakau untuk memulihara dan mengayakan diversiti spesies pokok bakau di Malaysia.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorFarah Shahanim Mohamed Mohidin, Tariq Mubarak Bin Husin, Nurcahaya Khairany Mohamad Azmi & Zahirah Mohamad Tahir
Publication Date2020
LanguageMalay
Publication CodeGERMPLASMA
Pages106pp