Kajian Kesedaran Terhadap Penggunaan Plastik dan Amalan Kitar Semula di Kampus FRIM

AK Azyyati, S Suharti, I Liza, CL Naimah, JS Maria Arlene, MA Norain, I Muhammad Syamim & A Mohd Norkhairi
ISBN / ISSN / GTIN: 0128-9640
Publisher: FRIM Report (FR)
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dalam penggunaan dan penghasilan sisa pepejal berasaskan plastik. Pada 2022, satu projek yang melibatkan 17 inisiatif telah dilaksanakan untuk menggalakkan kesedaran penggunaan plastik secara mampan dan amalan kitar semula di seluruh kampus FRIM. Inisiatif ini termasuk kempen, aktiviti dan program kesedaran yang menyasarkan pengurusan tertinggi FRIM, pengurusan dan kakitangan profesional, kakitangan sokongan dan kakitangan kontrak serta pihak berkepentingan luar, termasuk Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (BLP, JPSM), FRIM Incorporated (FRIM Inc.), Tabika/TAKIPP dan pengendali makanan di Kafeteria FRIM. Tinjauan sebelum dan selepas kempen telah dijalankan untuk menilai keberkesanan inisiatif ini. Seramai 605 responden telah terlibat dalam kajian sebelum usaha kesedaran dilaksanakan pada Fasa I (Sebelum). Manakala, semasa Fasa II (Selepas), 584 responden telah memberikan maklum balas selepas inisiatif dilaksanakan. Hasil tinjauan menunjukkan penerimaan positif daripada pihak berkepentingan dalaman FRIM dengan majoriti menyatakan sokongan untuk meneruskan inisiatif tersebut. Responden melaporkan peningkatan kesedaran tentang faedah kepada alam sekitar melalui amalan pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan menunjukkan pemahaman yang kukuh tentang kesan negatif penggunaan plastik. Walaupun terdapat sedikit pengurangan dalam penyertaan antara fasa sebelum dan selepas kempen dilaksana, penemuan menunjukkan bahawa aktiviti kesedaran yang disasarkan berkesan dalam mempengaruhi amalan mampan dalam kalangan pihak berkepentingan. Melalui kajian ini didapati bahawa kepentingan usaha berterusan untuk mengekalkan penglibatan dan menggalakkan pengurangan penggunaan plastik sekali guna agar semua pihak dapat mengambil tanggungjawab untuk menyokong komitmen jangka panjang FRIM terhadap kelestarian alam sekitar.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorAK Azyyati, S Suharti, I Liza, CL Naimah, JS Maria Arlene, MA Norain, I Muhammad Syamim & A Mohd Norkhairi
Publication Date2025
LanguageMalay
Publication CodeFR123
Pages57pp