Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan Jilid 4

by M Nik Musa’adah et al.
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810254
Publisher: Other Publications
RM90.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Inisiatif memelihara dan memperkasa perubatan tradisional Melayu berasaskan tumbuhan ubatan diteruskan lagi dengan penerbitan buku Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan Buku Jilid 4.  Buku ini memaparkan 100 lagi spesies tumbuhan ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu hasil daripada penemuan projek yang bertajuk "Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia". Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini merupakan data primer yang diperoleh melalui temu bual dengan 358 orang pengamal di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 47 orang pengamal ditemu bual secara lebih terperinci untuk mendapatkan sampel tumbuhan dan data yang lebih lengkap.

Buku Jilid 4 ini merupakan kesinambungan daripada tiga penerbitan terdahulu iaitu buku Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan Jilid 1-3. Keseluruhan spesies tumbuhan ubatan yang telah didokumentasi menerusi buku Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan ialah sebanyak 565 spesies. Buku Jilid 4 ini turut memuatkan indeks nama saintifik dan juga vernakular bagi spesies yang telah diterbitkan dalam Jilid 1-3. Penyediaan indeks bagi jilid terdahulu bertujuan memudahkan pembaca mengenal pasti spesies yang telah diterbitkan dan indikasi jilid yang memuatkan spesies tersebut. Penerbitan ini boleh dijadikan rujukan oleh penyelidik daripada pelbagai bidang, pihak industri, pelajar serta orang awam untuk menerokai lebih dalam berkaitan tumbuhan ubatan.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorM Nik Musa’adah et al.
Publication Date2022
LanguageMalay
Publication CodeKHAZANAH JILID 4
Pages318pp

Customers who bought this item also bought