Buku Khazanah Perubatan Melayu: Tumbuhan Ubatan Jilid 1 merupakan satu daripada lapan penerbitan yang diterbitkan hasil daripada penemuan di bawah projek "Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia". Buku ini merupakan kompilasi penggunaan 220 spesies tumbuhan ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional melayu. Maklumat dalam buku ini merupakan data primer yang diperoleh melalui temu bual dengan 355 orang pengamal di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 23 orang pengamal ditemu bual secara mendalam dan terperinci untuk mendapatkan sampel tumbuhan dan data yang lebih lengkap. Penerbitan ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan oleh penyelidik daripada pelbagai bidang, pihak industri yang berkaitan serta orang awam yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tumbuhan ubatan.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | M Nik Musa’adah et al. |
| Publication Date | 2017 |
| Language | Malay |
| Publication Code | KHAZANAH JILID 1 |