Buku Khazanah Warisan Alam Semula Jadi - Koleksi Produk dan Artifak FRIM diterbitkan sebagai bahan rujukan umum mengenai produk dan artifak yang diperbuat daripada bahan dan khazanah sumber alam semula jadi yang terdapat di negara ini. Semua produk dan artifak ini merupakan bahan koleksi yang ditempatkan di Muzium dan Galeri FRIM yang telah dikumpul semenjak tahun 1970-an lagi dan dipamerkan kepada umum sebagai bahan rujukan produk yang dihasilkan daripada sumber alam semula jadi negara. Ini termasuklah produk dan artifak yang digunakan oleh zaman dahulu yang diperbuat daripada bermacam-macam jenis kayu hutan tropika seperti cengal, tembusu, merbau, keranji dan tempinis serta daripada rotan dan juga buluh.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | M Noor Atizza et al. |
| Publication Date | 2016 |
| Language | Malay |
| Publication Code | ARTIFAK-BM |