Kitab TIB MSS 1292 PNM – Edisi dan Suntingan Teks

by Harun Mat Piah & Nik Musa’adah Mustapha
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149415
Publisher: Other Publications
RM150.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Kitab Tib MSS 1292 PNM: Edisi dan Suntingan Teks ialah kesinambungan daripada usaha untuk menerbitkan dan mengkaji Kitab Tib Melayu dibawah projek yang bertajuk "Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan". Kitab Tib ialah wadah utama dalam menyalurkan ilmu perubatan Melayu tradisional dan wajar ditransliterasi dan diterbitkan. Sehingga ini FRIM telah mentransliterasi dan menerbitkan Kitab Tib MSS 2499 koleksi Perpustakaan Negara Malaysia dan Kitab Tib 1988.400 koleksi Lembaga Muzium Terengganu. Karya ini, MSS 1292 PNM merupakan antara kitab tib tipikal yang terdapat dalam beberapa koleksi dunia. Kitab ini lebih banyak mengandungi pembicaraan tentang ilmu perkasihan yang merupakan sebahagian daripada pembicaraan dalam kebanyakan kitab tib. Naskhah yang digunakan ini hasil karangan atau penyalinan yang dilakukan oleh Haji Muhammad al-Jawi yang berasal dari negeri Terengganu. Selesai disurat di negeri Patani pada hari Khamis, pada tahun 26 Rabiuawal 1235 H (bersamaan 12 Januari 1820M). Dari segi kandungan pembicaraan, naskhah ini sangat bermakna, kerana selain maklumat dan ilmu di dalamnya adalah antara yang terbaik dari segi pembicaraannya mengenai penyakit, rawatan, bahan-bahan ubatan dan ciri-cirinya yang lain. Naskhah ini juga menunjukkan kedekatannya dengan sumber-sumber yang lebih tua dan asal seperti Kitab Tib al-Rahmah fi at_Tibb wal-Hikmah. Penerbitan ini boleh dijadikan rujukan oleh penyelidik daripada pelbagai bidang dalam usaha memperkasakan perubatan tradisional Melayu dengan nilai tambah selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorHarun Mat Piah & Nik Musa’adah Mustapha
Publication Date2019
LanguageMalay
Publication CodeKITAB-PNM
Pages432pp

Customers who bought this item also bought