Kitab Tib MSS 1991 PNM: Edisi dan Analisis Teks ialah inisiatif berterusan mengkaji dan menerbitkan kitab tib Melayu dibawah projek yang bertajuk ‘Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia’. Buku ini ialah hasil gabungan usaha transliterasi daripada Jawi klasik kepada Rumi dan juga analisis preskripsi dan ramuan atau material medika yang digunakan. Kitab Tib MSS 1991 merupakan sebuah manuskrip yang terdapat dalam Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Naskhah ini banyak membicarakan rawatan penyakit puru yang sering dialami oleh orang-orang zaman dahulu kala. Selain daripada penyakit puru, ramuan bagi penyakit perut, penyakit mata dan juga ketumbuhan juga turut dinyatakan. Kitab Tib MSS 1991 PNM: Edisi dan Analisis Teks dibahagikan kepada empat bab bermula dengana Pengenalan, Transliterasi, Preskripsi iaitu ramuan mengikut penyakit dan seterusnya Materia Medika dan Alatan, iaitu analisis berkaitan bahan dan alatan yang digunakan. Penerbitan ini boleh menjadi rujukan penting kepada para penyelidik, pihak industri dan pengamal perubatan tradisional dalam usaha memperkasakan perubatan tradisional Melayu dengan sokongan data saintifik pada masa hadapan.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | Penyelenggara: Nik Musa’adah Mustapha, Nurshahidah Mohd Rusli & Siti Nasuha Zainodin |
| Pages | 144pp |
| Publication Date | 2025 |
| Language | Malay |
| Publication Code | KITAB TIB MSS 1991 PNM |