Taman Botani Kepong, FRIM berkeluasan 80ha terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong merupakan sebahagian daripada kawasan FRIM. Taman ini berlatarbelakangkan hutan Bukit Hari dan Bukit Beruang iaitu diantara bukit-bukit yang terdapat di kawasan FRIM. Sebahagian besar kawasan ini mempunyai muka bumi berbukit rendah dan disempadani oleh lereng bukit. Ditengah-tengah kawasan taman ini turut dihiasi dengan beberapa kolam yang pelbagai saiz. Semenjak penubuhan taman ini aktiviti penanaman dijalankan secara berterusan dan beransur-ansur bagi memenuhi matlamat meningkat koleksi tumbuhan khususnya pokok-pokok yang bernilai di kawasan FRIM. Koleksi pokok dalam buku ini adalah manifestasi komitmen pihak pengurusan Taman Botani Kepong mendokumentasikan pelbagai spesies yang asal dan ditanam ke arah menghasilkan pangkalan data pokok untuk rujukan. Buku ini diterbitkan bertujuan untuk merekodkan dan memudahkan pengecaman pelbagai spesies pokok utama yang terdapat di Taman Botani Kepong. Sebanyak 200 spesies pokok tempatan dan eksotik disenaraikan yang disusun mengikut nama saintifik atau spesies. Buku ini ditulis dengan bahasa yang ringkas dan istilah teknikal yang minimum, menjadikannya sesuai untuk tujuan pembelajaran pelbagai lapisan masyarakat termasuk para penyelidik, pelajar dan mereka yang mencintai alam sekitar. Selain deskripsi pokok, kegunaan serta taburan pokok turut disertakan. Sumber maklumat buku ini diperoleh daripada rujukan buku, ahli botani, herbarium dan arboretum di FRIM. Diharapkan buku ini dapat memberikan maklumat mengenai tumbuhan dan membantu masyarakat mengenai aspek pemuliharaan tumbuhan serta dapat menarik pengunjung untuk berekreasi di Taman Botani Kepong.
Attribute name | Attribute value |
---|
Book Details | |
Author | Adnan M et al. |
Publication Date | 2018 |
Language | Malay |
Publication Code | FSP20 |
Pages | 234 |