Kompendium Soalan dan Jawapan Parlimen ini mengandungi kompilasi 93 pertanyaan atau cadangan, serta jawapan berkaitan FRIM yang dibangkitkan semasa persidangan Parlimen dari tahun 2010 sehingga 2024. Kompilasi soalan dan jawapan ini disusun mengikut bidang-bidang yang digunapakai oleh pihak Kementerian dan disediakan sebagai garis panduan serta rujukan kepada penjawat awam FRIM yang terlibat dalam menyediakan maklum balas terhadap pertanyaan mengenai FRIM di peringkat Parlimen. Kompendium ini turut dihasilkan bagi membantu pegawai FRIM dalam mengenalpasti trend isu atau pertanyaan berkenaan FRIM yang diketengahkan ketika persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari tahun 2010 sehingga 2024.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | Kompilasi dan susunan: Praveena Balai Kerishnan, Liza Ismail & Ismail Hj Parlan |
| Publication Date | 2025 |
| Language | Malay |
| Publication Code | PARLIMEN |
| Pages | 135pp |