Manual Penubuhan dan Pembangunan Ladang Hutan—Kelempayan, Batai, Akasia, Sentang dan Karas

Y Ahmad Zuhaidi, H Nor Hasnida & WM Ho
ISBN / ISSN / GTIN: 9789670622491
RM60.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Manual Penubuhan dan Pembangunan Ladang Hutan—Kelempayan, Batai, Akasia, Sentang dan Karas ini merangkumi amalan pengurusan lading hutan bagi lima spesies lading hutan terpilih iaitu kelempayan, batai, akasia, sentang dan karas. Berdasarkan kajian yang dijalankan dan maklumat yang dikumpulkan, spesies-spesies ini dikenal pasti mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat dan berpotensi untuk ditanam secara perladangan hutan bagi tempoh matang 15-20 tahun. Spesies-spesies ini juga didapati sesuai ditanam secara perladangan untuk pengeluaran kayu balak bersaiz sederhana dan produk bukan kayu. Manual ini  adalah penting dalam memberi panduan kepada para pengusaha dan pelabur ladang hutan di antaranya tentang kesesuaian spesies di tapak tanaman serta amalan silvikultur sebelum dan selepas penanaman. Maklumat yang terkandung dalam manual ini termasuk penghasilan bahan tanaman, teknik penyediaan tapak tanaman, aktiviti sebelum, semasa serta selepas penanaman, kawalan serangga dan penyakit, rawatan silvikultur, cadangan regim pengurusan ladang hutan, maklumat pertumbuhan serta pengalaman pengurusan dan penanaman ladang hutan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorY Ahmad Zuhaidi et al.
Publication Date2015
LanguageMalay
Publication CodeFTIHB44
Pages83pp