Industri herba negara mempunyai potensi besar dalam menjana ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara luar sebagai pengeluar produk herba. Menerusi portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), industri herba dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara. Satu sistem dalam talian yang dikenali sebagai sistem HerbaXpress telah dibangunkan melalui Kajian Rantaian Nilai Industri Herba Terpilih di Semenanjung Malaysia (2014−2016). Sistem tersebut telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery bin Cheek pada 03 November 2015 di Persidangan Industri Herba 2015 (PIH). Tujuan awal sistem ini dibangunkan ialah untuk memaparkan direktori industri herba bagi memudahkan capaian pihak berkepentingan.
Selain daripada itu, sistem ini juga dapat membantu dalam menyediakan maklumat terkini mengenai struktur industri bagi membolehkan polisi berkaitan industri herba digubal dengan lebih berkesan. Namun, keadaan industri herba yang sangat dinamik memerlukan sistem ini dikemaskini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan maklumat yang kurang tepat atau ketinggalan zaman.
Bagi meneruskan kesinambungan sistem ini, projek memperkasa sistem HerbaXpress fasa pertama telah dijalankan menggunakan baki projek Kajian Rantaian Nilai Industri Herba Terpilih di Semenanjung Malaysia bermula pada April 2017 sehingga September 2018. Projek tersebut dijalankan dengan tiga matlamat utama iaitu maklumat pemain industri di dalam sistem HerbaXpress dikemas kini, sistem HerbaXpress ditambah baik dan seterusnya sistem HerbaXpress dipromosikan secara lebih sistematik.
Attribute name | Attribute value |
---|
Book Details | |
Publication Date | 2020 |
Language | English |
Author | MF Nor Atiqah, Z Nur Fazreen, AR Rohana, AB Ariff Fahmi, O Zahari & WK Farah Wahida |
Publication Code | FR117 |
Pages | 44pp |