Buku ini merungkai 100 spesies tumbuhan ubatan dan beraroma berasaskan pengetahuan tradisi (TK) Orang Asli daripada 18 suku kaum Orang Asli termasuk lima suku replikasi terpilih di Semenanjung Malaysia. Penerbitan ini merupakan hasil projek "Pendokumentasian Pengetahuan Tradisi Orang Asli berkaitan Tumbuhan Ubatan dan Beraroma di Semenanjung Malaysia" yang bermula sejak 2007.
Sehingga kini, sejumlah 409 spesies tumbuhan ubatan dan beraroma telah berjaya dikenal pasti dan hasilnya 100 spesies diketengahkan melalui penerbitan buku ini. Penerbitan ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai asas bagi kajian lanjutan secara saintifik dan rujukan untuk pelbagai bidang penyelidikan, malahan dapat membantu dalam melindungi dan memelihara TK yang diwarisi oleh masyarakat Orang Asli.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | MN Madihah et al. |
| Publication Date | 2019 |
| Language | Malay |
| Publication Code | RAHSIA RIMBA.1 |