Meneroka Rahsia Rimba Warisan Orang Asli Semenanjung Malaysia Jilid 2

Madihah Muhammad Nawi, Tan Ai Lee, Intan Nurulhani Baharuddin, Dionysia Modingin, Fadzureena Jamaludin, Norbaiah Mat Yaacob, Amizan Nazri, Siti Nur Aisyah Mohd Hashim & Mohd Rizzal Mat Yusoff
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810803
Publisher: Other Publications
RM195.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Buku Meneroka Rahsia Rimba, Warisan Orang Asli Semenanjung Malaysia Jilid 2 merupakan hasil kesinambungan daripada penerbitan buku Meneroka Rahsia Rimba, Warisan Orang Asli Semenanjung Malaysia Jilid 1. Buku ini menghimpunkan sebanyak 155 spesies tambahan tumbuhan ubatan hasil penemuan projek bertajuk: Pendokumentasian Pengetahuan Tradisi Orang Asli Berasaskan Tumbuhan Ubatan dan Beraroma di Semenanjung Malaysia”. Maklumat penggunaan tumbuhan ubatan yang dipaparkan dalam buku ini adalah hasil daripada temu bual bersama dengan pengamal perubatan tradisional. Proses verifikasi tumbuhan, kegunaan dan cara gunanya telah dilaksanakan semasa bengkel pendokumentasian. Sehingga Disember 2023, sejumlah 24 buah perkampungan termasuk Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) telah didokumentasikan; merangkumi kesemua 18 suku kaum orang asli (termasuk replikasi 7 suku kaum) yang menetap di Semenanjung Malaysia. Penerbitan ini merupakan satu inisiatif bagi memelihara dan mengekang ilmu penerbitan masyarakat orang asli yang diwarisi secara turun-temurun daripada hilang ditelan zaman. Di samping itu, penerbitan ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan dalam mengelakkan isu kecurian biologi dan penyelewangan pengetahuan tradisi; sejajar dengan penguatkuasaan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta 795). Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh penyelidik, pelajar, pihak industri, pengamal perubatan serta masyarakat umum yang berminat untuk mengetahui, memahami dan memelihara warisan ilmu perubatan orang asli berasaskan tumbuhan ubatan di Semenanjung Malaysia.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorMadihah Muhammad Nawi, Tan Ai Lee, Intan Nurulhani Baharuddin, Dionysia Modingin, Fadzureena Jamaludin, Norbaiah Mat Yaacob, Amizan Nazri, Siti Nur Aisyah Mohd Hashim & Mohd Rizzal Mat Yusoff
Publication Date2024
LanguageMalay
Pages566pp
Publication CodeRAHSIA2

Customers who bought this item also bought