Pelaksanaan Projek Aplikasi Bahan Serta Teknologi Lestari dalam Pembinaan Perabot Landskap di Sekolah untuk Meningkatkan Kesedaran Alam Sekitar

NMS Nik Adlin, AK Nik Azyyati, A Khairul, R Geetha, MY Azahari & WA Wan Tarmeze
ISBN / ISSN / GTIN: 0128-9640
Publisher: FRIM Report (FR)
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Laporan ini memaparkan pelaksanaan projek aplikasi bahan serta teknologi lestari dalam pembinaan perabot landskap di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 (SKBK2), Shah Alam. Fokus utama adalah untuk mengetengahkan buluh sebagai bahan binaan lestari melalui pembinaan gazebo buluh menggunakan inovasi BambooNxtor, pemasangan papan maklumat, serta pengindahan landskap dengan tanaman hiasan. Kajian turut menilai potensi buluh sebagai penyimpan karbon, sejajar dengan usaha mitigasi perubahan iklim dan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Selain itu, program kesedaran alam sekitar bersama murid-murid Tahun 6 telah dianjurkan, merangkumi ceramah, aktiviti berkumpulan dan soal selidik. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan pengetahuan, tahap kesedaran dan penerimaan pelajar terhadap buluh sebagai bahan binaan lestari, manakala gazebo buluh berfungsi sebagai ruang pembelajaran luar bilik darjah yang memberi manfaat jangka panjang.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorNMS Nik Adlin, AK Nik Azyyati, A Khairul, R Geetha, MY Azahari & WA Wan Tarmeze
Publication Date2025
LanguageMalay
Publication CodeFR125
Pages45pp