Pembangunan Kapasiti Bagi Program Perhutanan Sosial Terhadap Komuniti Setempat Di Persekitaran Hutan Simpan Gunung Tebu Terengganu

MM Huda Farhana, M Mohd Parid, MM Mohamed Daniel, A Norliyana, TH Faten Naseha, A Mukrimah, SA Nurul Zafirah & AH Muhammad Al Amin
ISBN / ISSN / GTIN: 0128-9640
Publisher: FRIM Report (FR)
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Perhutanan masyarakat adalah salah satu pendekatan di dalam melestarikan masyarakat setempat dan alam persekitaran hutan. Di Semenanjung Malaysia, salah satu pendekatan bagi perhutanan masyarakat adalah melalui ekopelancongan berasaskan komuniti. Pembangunan ekopelancongan juga diiktiraf sebagai salah satu strategi paling efisien dalam usaha meningkatkan taraf hidup komuniti setempat terutama di kawasan pedalaman dan terpencil. Laporan ini adalah bertujuan untuk mendokumentasikan siri-siri perkongsian faedah melalui penyertaan langsung komuniti setempat secara aktif dalam menjaga dan memelihara persekitaran hutan semula jadi dan taman ekorimba. Penglibatan masyarakat ini membuktikan sokongan terhadap pembangunan ekopelancongan berasaskan komuniti di kawasan persekitaran hutan simpan kekal di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Salah satu pendekatan yang telah diinisiatifkan oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melalui Program Perhutanan Sosial adalah pembangunan kapasiti komuniti setempat di dalam ekopelancongan berasaskan komuniti. Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuk penganjuran sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan seperti komuniti dan agensi-agensi sebagai rakan strategik, penubuhan sebuah entiti koperasi, serta pelaksanaan beberapa siri bengkel pembangunan komuniti. Penglibatan Program Perhutanan Sosial, FRIM secara langsung sebagai penasihat teknikal telah dapat membimbing masyarakat yang tinggal berhampiran dengan persekitaran hutan untuk mempunyai rasa kesedaran yang lebih tinggi terhadap hutan dan alam semula jadi. Melalui kesedaran ini, ia dapat mewujudkan sokongan kepada pembangunan ekosistem hutan melalui aspek sosial, ekonomi, dan budaya. Hal ini sekaligus membantu memperkasakan amalan aktiviti perhutanan masyarakat melalui pembangunan skim ekopelancongan berasaskan komuniti sebagai salah satu strategi meningkatkan limpahan pendapatan kepada komuniti dan memelihara kepentingan kawasan persekitaran semula jadi.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorMM Huda Farhana, M Mohd Parid, MM Mohamed Daniel, A Norliyana, TH Faten Naseha, A Mukrimah, SA Nurul Zafirah & AH Muhammad Al Amin
Publication Date2023
LanguageMalay
Publication CodeFR121
Pages20pp