Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama dengan Syarikat East West Lumber Sdn Bhd telah berjaya membangunkan teknologi pengeringan berprestasi tinggi bagi menangani isu pengeringan kayu akasia. Teknologi yang dibangunkan ini bukan sahaja berkemampuan menghasilkan produk kayu akasia yang berkualiti tinggi berbanding dengan kayu yang dihasilkan secara konvensional, malah teknologi ini boleh digunakan untuk merawat spesies-spesies kayu yang lain terutamanya daripada spesies hutan ladang. Langkah ini sejajar dengan polisi perhutanan negara iaitu pengurusan hutan secara mampan khususnya dalam mengawal aktiviti pembalakan hutan asli serta mengoptimumkan penggunaan sumber hutan ladang sedia ada.
Di samping itu, kaedah rawatan yang dibangunkan ini dapat menjimatkan masa pengeringan dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding dengan pengeringan secara konvensional. Tempoh pengeringan yang lama iaitu kira-kira dua bulan dapat dipendekkan kepada dua minggu sahaja. Malahan, penghasilan kayu akasia yang berkualiti dengan kandungan lembapan yang lebih seragam dapat memberikan pulangan kayu yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah konvensional. Sehubungan itu, kejayaan kajian ini adalah penting bagi memastikan kesinambungan industri berasaskan kayu Malaysia dengan mengoptimumkan 28 penggunaan sumber bekalan kayu akasia secara berkesan agar tidak terlepasnya peluang untuk Malaysia menjadi peneraju industri perkayuan yang utama.
Attribute name | Attribute value |
---|
Book Details | |
Publication Date | 2021 |
Language | Malay |
Author | Z Zahidah , HS Sik & AL Ramzul Iklas |
Publication Code | FR112 |
Pages | 38pp |