Pembangunan Sistem Rawatan Air dan Penambahbaikan Nilai Estetika Kolam Pejabat FRIM

F Mohd Azahari, S Siti Aisah, WA Wan Mohd Nafizul Hal-Alim, MN Ahmad Azaruddin, K Shahzerul Hisam, M Kaviarasu, WA Wan Mohd Shukri & A Mohd Zaki
ISBN / ISSN / GTIN: 01289640
Publisher: FRIM Report (FR)
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Pembangunan sistem rawatan air di Kolam Pejabat, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), merupakan pendekatan inovatif untuk meningkatkan kualiti air secara semula jadi. Sistem ini dibangunkan oleh FRIM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan memanfaatkan tanah bencah buatan yang berfungsi melalui pemerangkapan enapan, penyerapan nutrien oleh tumbuhan, serta penapisan dan kitaran air menggunakan pam. Hasil pemantauan dan analisis kualiti air menunjukkan peningkatan yang ketara dalam beberapa parameter utama selepas pelaksanaan sistem ini. Data menunjukkan bahawa kualiti air di Kolam Pejabat kekal relatif stabil dari tahun ke tahun, dengan sedikit turun naik akibat faktor semula jadi seperti hujan, suhu udara, dan aktiviti biologi. Pola DO yang meningkat selepas 2023 menandakan pemulihan ekologi yang positif, manakala suhu dan pH kekal dalam julat optimum bagi ekosistem air tawar. Ini membuktikan bahawa sistem rawatan ini berjaya mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kualiti air. Namun, bagi memastikan keberkesanan jangka panjang, pemantauan dan penyelenggaraan berkala amat penting. Tanpa langkah ini, sistem rawatan mungkin tidak dapat berfungsi secara optimum, sekali gus menyebabkan kualiti air merosot semula. Oleh itu, FRIM dan NAHRIM perlu terus bekerjasama dalam memantau serta menambah baik sistem ini secara berterusan. Selain meningkatkan kualiti air, FRIM juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menaik taraf kemudahan di sekitar Kolam Pejabat sebagai daya tarikan pelawat. Langkah-langkah yang diambil termasuk penyediaan kemudahan yang lebih menarik dan mesra pengunjung. Usaha ini bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pelawat, malah turut mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga ekosistem akuatik. Secara keseluruhannya, pembangunan sistem rawatan air di Kolam Pejabat adalah langkah proaktif yang memberikan manfaat besar dari segi ekologi dan sosial. Dengan usaha berterusan dalam pemantauan, penyelenggaraan, dan penambahbaikan, sistem ini berpotensi menjadi model rawatan air semula jadi yang boleh diterapkan di lokasi lain.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorF Mohd Azahari, S Siti Aisah, WA Wan Mohd Nafizul Hal-Alim, MN Ahmad Azaruddin, K Shahzerul Hisam, M Kaviarasu, WA Wan Mohd Shukri & A Mohd Zaki
Publication Date2025
LanguageMalay
Publication CodeFR 126
Pages52pp