Kerja-kerja menaiktaraf landskap Zoo Negara Malaysia dan pembinaaan Monumen Ikonik Panda adalah merupakan satu tugasan yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang jitu. Kesefahaman rapat semua peringkat di FRIM bagi memastikan ianya menjadi satu mercu tanda bertaraf flagship dalam menterjemahkan hasil dan kepakaran Penyelidikan & Pembangunan di dalam merakyatkan perkhidmatan ternyata dapat direalisasikan kepada Zoo Negara Malaysia yang hampir 50 tahun tidak diperbaharui senario landskapnya. FRIM amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam melaksanakan tugasan ini dan berbangga dapat bersama-sama membangunkan projek yang menjadi kemegahan Negara dan pencinta alam sekitar.
Attribute name | Attribute value |
---|
Book Details | |
Publication Date | 2018 |
Language | Malay |
Author | FRIM |
Publication Code | Zoo |