Buku Penanaman dan Penyelenggaraan Teratai ini diterbitkan untuk memberi panduan dalam penyediaan stok tanaman teratai menggunakan kaedah biji benih. Stok tanaman teratai boleh digunakan dalam usaha konservasi biodiversiti tumbuhan, landskap dan jualan tumbuhan akuatik di tapak semaian. Kaedah penanaman teratai menggunakan biji benih lebih mudah dan praktikal berbanding menggunakan kaedah penanaman anak teratai. Secara amnya buku ini penting untuk memberi pededahan dan pemahaman kepada pembaca mengenai langkah-langkah penghasilan, pemindahan, penanaman dan penjagaan teratai. Buku ini disasarkan kepada semua pembaca yang ingin berkecimpung dalam penanaman tumbuhan akuatik. Oleh itu buku ini sesuai untuk semua pembaca yang berminat dengan teratai.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | Marryanna Lion, Mohd. Rizuwan Mamat, Nurul Faihira Kamaruzaman & Mohd. Ghazali Hasan |
| Publication Date | 2024 |
| Language | Malay |
| Pages | 64pp |
| Publication Code | FTIHB58 |