Pengenalan Kepada Spesies Tumbuhan di Hutan Simpan Tekam: Projek TekamFACE

M Azian, MJC Norsheilla, S Syahida-Emiza, R Nazarudin, AL Abd Razal, S Shahrizal, AM Nurul Ain, A Muhammad Azlan & R Muhammad Syafiq
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149545
Publisher: Other Publications
RM0.00
Availability: Out of stock
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Buku yang mengandungi enam bab ini diterbitkan untuk memperkenalkan spesies tumbuhan hutan yang terdapat di dalam kawasan kajian projek TekamFACE di Hutan Simpan Tekam, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Buku ini memaparkan kepelbagaian tumbuhan daripada kumpulan dipterokarpa, bukan dipterokarpa, herba, akar pepanjat, kumpulan rotan serta palma. Buku ini menunjukkan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada tumbuhan kurang daripada 1m tinggi yang berbeza berbanding dengan pokok dewasa. Usaha pengumpulan gambar-gambar yang dipaparkan dalam buku ini adalah untuk mewujudkan pangkalan data spesies tumbuhan di lapangan sebagai panduan rujukan pengguna pada masa hadapan dengan merujuk dirian asli tumbuhan juga ciri-ciri gambar yang diambil iaitu keseluruhan tumbuhan, gambar pandangan atas daun dan bawah daun. Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku "Pengenalan Kepada Spesies Tumbuhan di Hutan Simpan Tekam: Projek TekamFACE" ini terutamanya kakitangan Program Perubahan Iklim Perhutanan serta Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, FRIM. Selain itu, terima kasih juga kepada FRIM. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorM Azian, MJC Norsheilla, S Syahida-Emiza, R Nazarudin, AL Abd Razal, S Shahrizal, AM Nurul Ain, A Muhammad Azlan & R Muhammad Syafiq
Publication Date2019
LanguageMalay
Publication CodeTEKAMFACE
Pages80pp