Penubuhan dan Pengurusan Kawasan Pengeluaran Biji Benih Untuk Spesies Rhizophora di Malaysia

Nor Fadilah Wook, Sures Kumar Muniandi, Mohd Zaki Abdullah, Tariq Mubarak Husin, Farah Fazwa Md Ariff, Amran Haron, Halim Man, Yahaya Hamid, Wan Mohamad Syafiq Wan Putra & Mohd Zaini Zainal
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810865
RM120.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Buku Penubuhan dan Pengurusan Kawasan Pengeluaran Biji Benih Untuk Spesies Rhizophora di Malaysia ini merupakan pengenalan ringkas kepada ekosistem hutan bakau di Malaysia secara umum dan usaha menambah baik baka bakau minyak (Rhizophora apiculata) khasnya melalui penubuhan kawasan pengeluaran biji benih. Buku ini juga menggariskan langkah umum bagi penubuhan kawasan pengeluaran biji benih yang boleh diguna pakai bagi semua spesies hutan paya laut yang lain.

Penubuhan kawasan pengeluaran biji benih merupakan fasa pertama dalam program membaik biak tumbuhan terutama dalam usaha untuk memperoleh sumber bahan tanaman yang berkualiti tinggi. Di Malaysia, program membiak baik bagi spesies hutan paya laut agak kurang diberi perhatian walaupun pada hakikatnya banyak spesies-spesies hutan paya laut yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai sumber ekonomi bagi penduduk setempat.

Buku ini boleh menjadi garis panduan ringkas kepada ekosistem hutan bakau dan untuk menyusun strategi pelan pengurusan penyelidikan, program membaik biak dan juga kaedah pemuliharaan yang berkesan.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorNor Fadilah Wook, Sures Kumar Muniandi, Mohd Zaki Abdullah, Tariq Mubarak Husin, Farah Fazwa Md Ariff, Amran Haron, Halim Man, Yahaya Hamid, Wan Mohamad Syafiq Wan Putra & Mohd Zaini Zainal
Publication Date2025
LanguageMalay
Publication CodeFRP155
Pages92pp