Penyakit Layu Ceratocystis di Ladang Acacia Mangium

A Mohd Farid, SA Syazwan, WA Wan Muhd Azrul & A Mohd Zaki
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149392
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Acacia mangium merupakan pokok ladang hutan yang paling banyak ditanam di Malaysia. Bagaimanapun, industri ladang hutan yang bersumberkan pokok ini menghadapi masalah baharu apabila penyakit layu Ceratocystis dilaporkan menjadi ancaman utama yang berbahaya. Pokok ini dijangkiti sering mati dalam tempoh yang cepat. Jangkitan penyakit ini sangat berhubung kait dengan kewujudan luka pada pokok. Kulat patogen dikenali sebagai Ceratocystis fimbriata memasuki perumah melalui luka yang terhasil secara mekanikal, akibat serangan haiwan liar dan vektor serangga. Sehingga kini, tiada langkah pengawalan yang berkesan terhadap penyakit ini. Buku ini dihasilkan sebagai satu panduan menyeluruh dalam mengecam penyakit layu Ceratocystis pada A. mangium di lapangan dan mengenal pasti faktor-faktor jangkitan. Dengan ini, langkah-langkah kawalan dan pengurusan yang bersesuaian dapat diambil untuk mencegah kerebakan penyakit. Di samping itu, buku ini juga merangkumi aspek-aspek teknikal patologi seperti pemencilan kulat, morfologi kulat, ujian kepatogenan, sebaran dan kerintangan perumah terpilih terhadap kulat C. fimbriata.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorA Mohd Farid, SA Syazwan, WA Wan Muhd Azrul & A Mohd Zaki
Publication Date2019
LanguageMalay
Publication CodeFTIHB 48
Pages57pp