Buku ini merupakan sebahagian daripada hasil kajian pendokumentasian tumbuhan ubatan dan beraroma dalam kalangan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dalam proses pendokumentasian pengetahuan tradisi berkaitan biodiversiti, survei sosioekonomi telah dilaksanakan di 14 petempatan yang melibatkan 15 suku kaum Orang Asli iaitu Semelai, Jahai, Temiar, Semai, Temuan, Jahut, Jakun, Bateq, Orang Kanaq, Semoq Beri, Che Wong, Lanoh, Mendriq, Kintak dan Kensiu dalam tempoh 2008-2014. Semua maklumat yang dikumpulkan ini merupakan input penting bagi pihak kerajaan dalam menggubal polisi dan dasar pembangunan negara di samping usaha mengadakan program pembangunan yang lebih gigih dalam meningkatkan taraf hidup Orang Asli.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | Norsyakila Y et al. |
| Publication Date | 2016 |
| Language | Malay |
| Publication Code | SOSIOEKONOMI.2 |