Buku Profil Sosioekonomi - Pengamal Perubatan Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia memaparkan profil sosioekonomi pengamal perubatan tradisional Melayu terpilih hasil daripada projek Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia yang dijalankan dalam tempoh 2013-2015. Seramai 355 orang pengamal telah terlibat dalam temu bual mendalam berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Maklumat mengenai taburan pengamal, sosiodemografi, amalan perubatan yang merangkumi kaedah rawatan; penghasilan produk dan juga pendapatan pengamal antara aspek yang dibincangkan dalam buku ini. Semoga buku ini memberi manfaat kepada semua pembaca dalam memahami profil pengamal perubatan tradisional Melayu secara lebih dekat. Penerbitan ini juga boleh dijadikan asas dalam merangka hala tuju pembangunan ilmu perubatan Melayu.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | B Intan Nurulhani et al. |
| Publication Date | 2016 |
| Language | Malay |
| Publication Code | SOSIOEKONOMI-PENGAMAL PERUBATAN |
| Pages | 92pp |