Buku Prosiding Bengkel Kerjasama Agensi Berkaitan Ke Arah Konservasi dan Perindustrian Karas Di Malaysia ini mengumpul kertas kerja, slaid pembentangan dan resolusi yang telah dibincangkan di dalam “Bengkel Kerjasama Agensi Berkaitan ke Arah Konservasi dan Perindustrian Karas di Malaysia” yang telah diadakan pada 15-17 Mac 2022. Bengkel telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mengumpulkan maklumat terkini daripada agensi-agensi utama yang berkaitan perindustrian karas seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (FHAS, UPM).
Sejumlah 14 kertas kerja telah dibentangkan dengan topik-topik yang meliputi taburan karas di Malaysia, perladangan, penguatkuasaan undang-undang, perdagangan, pengredan dan penyelidikan. Selain pembentangan kertas kerja, perbincangan dalam kumpulan turut diadakan berkisar isu-isu berkaitan senario perindustrian karas di Malaysia termasuk aktiviti huluan, hiliran, pemantauan dan penguatkuasaan. Hasil perbincangan dilaporkan dalam buku ini sebagai satu resolusi.
Secara keseluruhan, bengkel yang dianjurkan di bawah peruntukan projek penyelidikan bertajuk “Membangunkan Strategi Pemuliharaan dan Menambahbaik Kualiti Hasil Spesies Aquilaria Terpilih Secara Lestari di Malaysia” (PHSB-09-2020) telah berjaya mencapai semua objektif yang dirancang.
| Attribute name | Attribute value |
|---|
| Book Details | |
| Author | Editor Saidatul Husni Saidin, Abd Majid Jalil, Sahrim Alias, Nor Fadilah Wook, Syahida Emiza Suhaimi & Muhammad Nur Hadi Masnoor |
| Publication Date | 2024 |
| Language | Malay |
| Pages | 105pp |
| Publication Code | FP29 |