Prosiding Seminar Kebangsaan Hutan Paya Laut dan Pesisiran Pantai Negara Tahun 2024, 25 Julai 2025, Hotel Hilton, Kuching, Sarawak

Mohd Zaki A, Wan Mohd Shukri WA, Nur Hajar ZS, Farah Shahanim MM, Ainnur Amira AM, Hyrul Izwan MH & Syaierah A
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810957
Publisher: Proceedings (FP)
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Prosiding Seminar Kebangsaan Hutan Paya Laut ini menghimpunkan pelbagai hasil pembentangan dan perbincangan ilmiah yang telah berlangsung sempena Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024.

Seminar Kebangsaan Hutan Paya Laut dan Pesisiran Pantai Negara 2024 telah diadakan pada 25 Julai 2024 di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak, dengan membawa tema “Treasure the Mangroves” atau “Hargailah Hutan Paya Laut”.

Pengiktirafan global terhadap kepentingan ekosistem ini turut diperkukuhkan dengan pengisytiharan 26 Julai sebagai Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semasa Persidangan Ke-38 pada 6 November 2016. Penganjuran seminar ini memberi penekanan terhadap inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya laut, khususnya melalui Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara. Selain itu, seminar ini juga berperanan sebagai wadah perkongsian ilmu, pengalaman dan kerjasama strategik dalam kalangan komuniti, penggubal dasar, penyelidik, institusi pengajian, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO), ke arah pengurusan hutan paya laut yang lebih holistik, lestari dan inklusif.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorMohd Zaki A, Wan Mohd Shukri WA, Nur Hajar ZS, Farah Shahanim MM, Ainnur Amira AM, Hyrul Izwan MH & Syaierah A
Publication Date2025
Publication CodeFP34
Pages306pp