Prosiding Seminar Pemuliharaan & Pemerkasaan Pengetahuan Tradisi 2022

By Mazura Md Pisar, Tan Ai Lee, Mastura Mohtar & Nurshahidah Mohd Rusli
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810612
Publisher: Proceedings (FP)
RM0.00

Projek pendokumentasian pengetahuan tradisi (Traditional Knowledge–TK) berasaskan tumbuhan ubatan orang asli telah bermula semenjak 2007 selaras dengan kehendak Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan Nagoya Protokol dalam usaha mendokumentasikan TK secara saintifik dengan menekankan keizinan pemilik ilmu serta perkongsian faedah. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 18 suku kaum orang asli yang dipecahkan pula kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Pecahan kumpulan ini adalah berasaskan pentadbiran kawasan petempatan yang didiami serta ciri-ciri fizikal yang dimiliki. Suku kaum Semelai di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Iskandar, Bera serta suku kaum Jahai dan Temiar di RPS Banun adalah antara suku kaum terawal terlibat dalam projek ini bermula pada tahun 2008. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan merangkumi lawatan dan perbincangan awal, penganjuran bengkel kesedaran, pelaksanaan survei sosioekonomi terhadap ketua atau wakil isi rumah secara bersemuka, dan seterusnya diikuti penganjuran bengkel pendokumentasian tumbuhan ubatan. Aktiviti tidak hanya terhenti di situ, malah FRIM mengambil inisiatif menganalisis kandungan kimia dan biologi tumbuhan ubatan bagi menentu sahkan dakwaan (claim) kegunaan ke atas tumbuhan ubatan terpilih. Hasil analisis ini membawa kepada penemuan potensi baharu dan pembangunan produk prototaip. Malah, inventori tumbuhan ubatan bagi spesies yang mempunyai pelbagai potensi untuk dibangun serta dikomersialkan turut dijalankan dalam hutan simpanan kekal bagi mengetahui status keberadaannya. Kutipan sampel turut dibuat sebagai usaha perlindungan ex-situ, selain untuk kajian lanjutan dalam memastikan kesesuaian tumbuhan tersebut untuk ditanam secara ladang bagi memenuhi permintaan bahan mentah di pasaran kelak. Aktiviti pendokumentasian ini juga tidak hanya terhad kepada 18 suku kaum orang asli terpilih sahaja, malah kajian replikasi turut dibuat melibatkan lima suku kaum orang asli yang sama tetapi menetap di lokasi dan negeri yang berbeza. Hasilnya, terdapat perbezaan yang ketara dari segi pengetahuan dan penggunaan tumbuhan ubatan oleh kedua-dua suku kaum berkenaan. Ini secara tidak langsung menunjukkan kekayaan khazanah alam semula jadi, yang membawa kepada usaha penerokaan potensi baharu yang perlu diteruskan bagi menjana sumber pendapatan baharu bukan sahaja kepada komuniti, malah kepada negara.

Attribute nameAttribute value
Book Details
Publication Date2023
LanguageMalay
AuthorMazura Md Pisar, Tan Ai Lee, Mastura Mohtar & Nurshahidah Mohd Rusli
Publication CodeFP27

Customers who bought this item also bought