Replikasi Pendokumentasian Tumbuhan Ubatan Berasaskan Pengetahuan Tradisi Orang Asli

Intan Nurulhani Baharuddin & Madihah Muhammad Nawi
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810810
Publisher: Other Publications
RM50.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Buku Replikasi Pendokumentasian Tumbuhan Ubatan Berasaskan Pengetahuan Tradisi Orang Asli ini merupakan antara usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk mendokumentasikan pengetahuan tradisi terutamanya berkenaan tumbuhan ubatan dalam kalangan orang asli di Semenanjung Malaysia. Terdahulu, dua buah penerbitan bertajuk Profil Sosioekonomi Orang Asli dalam Pendokumentasian Tumbuhan Ubatan (2016) dan buku Profil Sosioekonomi Orang Asli Pesisir Pantai dalam Pendokumentasian Tumbuhan Ubatan (2019) memperincikan mengenai profil sosioekonomi melibatkan 18 suku kaum orang asli terpilih. Menyedari kepelbagaian bahasa, budaya serta adat resam dalam kalangan suku kaum orange asli yang sama namun menetapkan di lokasi berbeza, telah menjadi pemangkin kepada kajian replikasi ini dilaksanakan. Berbeza daripada buku sebelumnya, buku ini membentangkan penemuan serta perbandingan input tumbuhan ubatan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan terhadap lima suku kaum replikasi iaitu Semelai, Jahai, Temiar, Temuan dan Bateq.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorIntan Nurulhani Baharuddin & Madihah Muhammad Nawi
Publication Date2024
LanguageMalay
Pages128pp
Publication CodeREPLIKASI