Sedekad Cakna Saintifik FRIM-Dewan Kosmik (2014 – 2023)

Ismail P., Azharizan M. N., Azian M., Nur Syuhadah I., Nurul Hudaini M. dan Siti Khadijah M. R.
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672810896
Publisher: Other Publications
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Buku kompilasi ini menghimpunkan artikel penyelidikan yang telah ditulis oleh para penyelidik FRIM dan diterbitkan melalui Dewan Kosmik, terbitan DBP bagi tahun 2014 hingga 2023. Hasil usaha sama strategik antara FRIM dan DBP ini merupakan manifestasi komitmen bersama dalam memperkukuh penyebaran ilmu pengetahuan dan memperluas capaian hasil penyelidikan kepada khalayak yang lebih luas. Penerbitan kompilasi ini diharapkan dapat berfungsi bukan sahaja sebagai rekod dokumentasi kolaboratif antara kedua-dua institusi, bahkan juga sebagai sumber rujukan yang bernilai tinggi, khususnya dalam bidang penyelidikan perhutanan.

Buku ini turut diharapkan dapat menjadi wadah pendedahan yang berkesan serta pemangkin motivasi kepada para penyelidik untuk terus aktif menyumbang kepada dunia penulisan ilmiah. Melalui pengalaman dan kepakaran, para penyelidik digalakkan untuk memperkukuh penguasaan dalam bidang yang diceburi serta menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kemajuan penyelidikan negara.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorIsmail P., Azharizan M. N., Azian M., Nur Syuhadah I., Nurul Hudaini M. dan Siti Khadijah M. R.
Publication Date2025
LanguageMalay
Publication CodeCAKNA SAINTIFIK
Pages431pp