Sedekad Memartabatkan Pengetahuan Tradisi Tumbuhan Ubatan

Editor Norini Haron, Nik Zanariah Nik Mahmood & Abd. Latif Mohmod
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149507
Publisher: Other Publications
RM155.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Penerbitan ini dihasilkan bagi berkongsi pengalaman FRIM memartabatkan Pengetahuan Tradisi (TK) tumbuhan ubatan yang telah dijalankan lebih sedekad lalu bagi projek TK Orang Asli (2007 hingga kini) dan lebih enam tahun bagi projek TK Melayu (2013-April 2019). Usaha kami merangkumi aktiviti R, D serta Pre-C. Aktiviti R&D bagi projek Orang Asli merujuk kepada rapid rural appraisal (RRA), bengkel kesedaran, survei sosioekonomi, bengkel penyediaan spesimen herbarium dua fasa, analisis makmal spesies terpilih serta pembangunan pangkalan data melalui Botanical Research and Herbarium Management System (BRAHMS). Kesemua TK tumbuhan ubatan bagi 18 suku kaum (Semelai, Jahai, Temiar, Semai, Temuan, Jahut, Jakun, Bateq, Orang Kanaq, Semoq Beri, Che Wong, Lanoh, Mendriq, Kintak, Kensiu, Mah Meri, Orang Kuala dan Orang Seletar) termasuk lima suku kaum yang direplikasi (Semelai, Jahai, Temiar, Temuan dan Bateq) berjaya didokumentasikan. Dibawah aktiviti Pre-C, enam jenis produk prototaip daripara tiga suku kaum telah berjaya dibangunan (Semelai Secret, Pengloy Semai dan KaHerbs) yang bakal membuka ruang baharu bagi meningkatkan kekayaan negara. Satu perjanjian akses dan perkongsian faedah turut dibangunkan dan sedia untuk dimeterai dalam masa terdekat. Kesemua aktiviti yang dijalankan dalam projek TK Orang Asli melibatkan proses permohonan keizinan termaklum awal (Prior Informed Consent [PIC]). Bagi R&D projek TK Melayu pula, seramai 4975 orang pengamal perubatan Melayu (PTM) telah dibanci di seluruh Semenanjung. Seramai 355 orang pengamal PTM ditemu bual secara khusus dan terperinci. Aktiviti projek TK Melayu juga melibatkan PIC, penyediaan spesimen herbarium dan memuat naik data dalam BRAHMS. Sekali gus usaha mendokumentasikan TK Orang Asli dan TK Melayu menjurus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan ubatan, disamping mengelakkan biopiracy, salah guna dan salah laku serta akses dan perkongsian faedah secara adil dan saksama sebagaimana dituntut dibawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CDB) dan Protokol Nagoya. Penerbitan ini berasaskan data primer daripada kedua-dua projek bakal menjadi rujukan berautoritatif bagi pemegang taruh yang berkepentingan.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorEditor Norini Haron, Nik Zanariah Nik Mahmood & Abd. Latif Mohmod
Publication Date2019
LanguageMalay
Publication CodeSEDEKAD
Pages322pp