Sungai Haji Dorani Kejayaan Pemulihan Hutan Bakau Negara

Editors Abd. Latif Mahmod, Nor Akhirrudin, M., Samsudin, M. & Suhaili, R.
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149378
Publisher: Other Publications
RM0.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Sejak tahun 2006 lahi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama beberapa institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tiggi tempatan di bawah Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-spesies yang sesuai di Pesisiran Pantai Negara telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan pelbagai kajian mengenai aspek-aspek teknik penanaman dan aspek lain yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan pesisiran pantai negara. Salah satu kajian yang diberi fokus di bawah program ini adalah mewujudkan satu model restorasi hutan bakau di mana pesisiran pantai Sg. Hj. Dorani telah dipilih sebagai lokasi bagi menjalankan kajian-kajian yang berkaitan. Kejayaan-kejayaan penyelidikan yang telah dijalankan, telah dikumpul dan didokumentasikan dalam bahasa yang mudah supaya dapat difahami dan seterusnya digunakan sebagai rujukan umum. Maklumat-maklumat yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh FRIM dan institusi penyelidikan lain selama lebih 10 tahun dan diharap ianya dapat menjadi bahan rujukan penting dan input yang berguna ke arah pemulihan dan pemuliharaan ekosistem pesisiran pantai di negara ini.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorEditors Abd. Latif Mahmod, Nor Akhirrudin, M., Samsudin, M. & Suhaili, R
Publication Date2019
LanguageMalay
Publication CodeDORANI
Pages157pp