Tumbuhan Ubatan untuk Rawatan Penyakit Radang

Zainon Abu Samah, Rasadah Mat Ali & Nik Musa'adah Mustapha.
ISBN / ISSN / GTIN: 9832181526
RM45.00
Availability: Out of stock
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Radang merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakat dunia. Gejala penyakit ini seperti kemerahan, bengkak, panas, sakit dan gangguan fungsi organ menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada penghidap. Pelbagai kaedah terutamanya yang berasaskan tumbuhan telah digunakan secara meluas untuk merawat radang. Di Malaysia, terdapat banyak spesies tumbuhan yang digunakan turun-temurun untuk merawat penyakit ini.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti potensi terapeutik beberapa spesies tumbuhan tempatan untuk merawat penyakit radang. Buku Tumbuhan Ubatan untuk Rawatan Penyakit Radang ini mengandungi maklumat tentang 30 spesies tumbuhan ubatan yang sering digunakan oleh masyarakat tempatan. Maklumat tersebut termasuklah nama Latin, huraian morfologi, kaedah pembiakan, bahagian tumbuhan yang digunakan, kandungan kimia, kajian saintifik yang dilaporkan dan kegunaannya.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorZainon Abu Samah, Rasadah Mat Ali and Nik Musa'adah Mustapha.
Publication Date2004, 2008
LanguageMalay
Publication CodeSAR8-08
Pages76pp