Ulaman & Herba Masakan Di FRIM: Amalan Tradisi & Khasiat Ubatan

Tan Ai Lee, Ummu Hani Badron, Madihah Muhammad Nawi, Fadzureena Jamaludin & Norbaiah Mat Yaacob
ISBN / ISSN / GTIN: 9789672149590
Publisher: Other Publications
RM150.00
Ship to
*
*
Shipping Method
Name
Estimated Delivery
Price
No shipping options

Buku ini merupakan penerbitan pertama yang merakamkan 80 spesies ulaman dan herba masakan di FRIM. Penghasilan buku ini bertujuan untuk memartabatkan amalan pemakanan spesies ulaman serta herba masakan yang kian dilupakan oleh masyarakat Malaysia. Selain memperkenalkan bahagian spesies yang dijadikan sebagai ulaman atau masakan, buku ini turut berkongsi penggunaan spesies tersebut dalam kehidupan seharian seperti masakan tradisi, budaya, petua dan khasiat ubatan masyarakat Malaysia, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, India dan juga tidak dilupakan mesyarat orang Asli dan orang Asal di Sabah dan Sarawak. Buku ini terbahagi kepada dua bab iaitu bab herba ulaman yang merangkumi 51 spesies dan bab herba masakan berjumlah 29 spesies. Setiap spesies akan dipaparkan dengan nama tempatan, nama saintifik, famili, gambar habit pokok beserta bahagian yang digunakan sebagai ulaman atau masakan, taburan, deskripsi ringkas, bahagian ulaman atau masakan yang diguna beserta sekurang-kurangnya gabungan dua maklumat berkaitan ulaman, masakan, budya (amalan tradisi) dan khasiat ubatan. Maklumat yang dipaparkan dalam buku ini merupakan hasil maklumat sekunder yang dikumpulkan daripada buku-buku herba, sayuran dan tumbuhan ubatan serta berdasarkan perkongsian blog, pengalaman semasa berkunjung ke negara serantau atau perkongsian petua, amalan tradisi dan masakan dari rakan-rakan dan keluarga. Penerbitan buku ini diharap dapat dijadikan rujukan kepada pelajar, penyelidik, cef masakan, pengamal herba, industri herba, ahli akademik dan masyarakat umum.

Attribute nameAttribute value
Book Details
AuthorTan Ai Lee, Ummu Hani Badron, Madihah Muhammad Nawi, Fadzureena Jamaludin & Norbaiah Mat Yaacob
Publication Date2020
LanguageMalay
Publication CodeULAMAN
Pages290pp